About Me

My photo
Georgetown, Penang, Malaysia
I rarely update my blog. Any feedback can liaise via :- Comment # chentaappleblossom.blogspot.com Email # afie.afyra@gmail.com Every feedback really meant a lot to me.

Friday, October 19, 2012

#Adam Dalam Kenangan

Tanggal 17 Oktober 2012, Fyra kehilangan seorang sahabat yang bernama
Sheikh Mohd Adam Mohd Ishak, 20 tahun.  Beliau terlibat dalam kemalangan maut jalan raya di Jalan Lembah Permai, Tanjung Bungah, Georgetown, Penang kira - kira jam 12.50 tengahari.  Berita kematian beliau telah diumumkan di :-

Buletin Utama TV3

7 Edition NTV7

serta di dada - dada akhbar dan sumber - sumber lain turut tertulis berita mengenai beliau, antaranya :-

*keratan ini merupakan keratan eksklusif dari 'The Star' khas buat pembaca blog yang singgah ke page ini *

- The Star -Section Nation - Page 26 - 18 October 2012 -
#Pada yang ingin baca dengan lebih lanjut boleh klik link di bawah ini.


Ini pula merupakan beberapa gambar kemalangan arwah di tempat kejadian, luluh rasa hati ini setelah melihat klip video ehsan dari 
''Sumber 7 Edition NTV7'' 
tersebut melihat Ana, bakal isteri arwah begitu lemah ketika melihat Adam yang tidak sedarkan diri ketika pihak bantuan sedang bertungkus lumus cuba menyelamatkan beliau, Adam.


Camera 1

Camera 2

Camera 3

#Adam semoga kau senantiasa dicucuri rahmat dan di tempatkan di sisi orang yang beriman. Al-Fatihah.



Sunday, September 30, 2012

#Tiada Yang Sehebatmu Abah.

Hari Pertama Hari Raya Aidilfitri tahun ini merupakan tarikh genap beliau 17 tahun bersama dengan - NYA.
Entah kenapa tiba - tiba rasa rindu terhadap berliau begitu kuat dan rasa rindu ini tak pernah luntur walaupun aku hanya sempat mengenalinya selama beberapa tahun sahaja.
Kau teramat istimewa bagiku, tiada siapa boleh menggantikan kau dalam hati ini.
Semoga kita bersua di syurga - NYA kelak.
Kau merupakan anugerah terhebat dari - NYA.
Mengenalimu walau hanya seketika amat bermakna dalam perjalanan kehidupanku.
Kau juga merupakan sahabat terbaik yang paling setia dan akan tetap kekal abadi sebagai sahabat karibku.
Kau tak pernah merungut walaupun aku sering menangis, merajuk, dan merungut. . .
Aroma holick panas kaw gelas besar yang dibancuh Mama itu terkadang bagaikan terhidu olehku.
Harumanmu bagaikan berlegar - legar diruang udara.
Terkadang terasa bagaikan kau barada di sekitarku, di belakangku, di tepiku, di hadapanku. . .
Terkadang jua aku rasa bagaikan terdengar suaramu memanggilku untuk menyuruhku mengurutmu  dan memijak belakangmu yang letih baru pulang dari kerja.
Aku rindukan saat kita berdua bersama sering menghabiskan masa memancing.
Kau juga sering membakarkan belangkas untuk aku menikmati telurnya.
Kau jugak sering membawaku makan makanan kegemaran kita.
Char Kuey Teow Goreng Kerang itulah menu makan malam kita hampir setiap hari.
Kau sering melindungi aku jika aku dimarahi Mama.
Pesanmu tak pernah sesekali aku lupa.
Kataku "Abah! Adik takut bunyi guruh tu!"
Katamu "Tak pa adik, malam ni tidur dengan abah ya. Abah teman adik! Abah peluk adik!"
Abah! Abah! Abah!
Adik ada banyak cerita nak kongsi dengan Abah!
Adik rindu setiap saat kita luangkan masa bersama.
Andai saat itu boleh diulangi, aku takkan pernah jemu mengulangi setiap saat kita bersama.
Abah!!
Kau Sahabatku! Kau Pelindungku! Kau Abahku! Kau Segala - galanya!
Terkilan aku rasakan kerna aku masih mentah saat kau meninggalkanku.
Tak sempat aku membalas jasamu.
Tak sempat aku memberikan kau rasa nikmat gaji pertamaku.
Abah!
Doa dan Surah - Surah suci dari Al - Quran akan ku kirimkan padamu menggantikan apa yang belum sempat aku berikan tika kau masih bersamaku dulu.
Abah!
Doa dan ayat - ayat suci itulah salam yang ku kirimkan, sayang peluk ciumku padamu, sedekahku buat bekalan untukmu disana.
Abah! Rapuh, luluh hati ini tika terkenangkan dirimu.
Abah!
Adik rindu Abah sangat - sangat!


*Al - Fatihah*
*Ayat Kursi*
*Yaseen*
*Doa IbuBapa*


*Nukilan ini merupakan nukilan ikhlas dariku untuk Abah!*
*Bukan niatku nak meraih simpati sesiapa mahupun riak menceritakan rasa ini*
*Sekadar meluahkan apa yang terlalu lama terbuku dan tersimpan di hati ini*

Wednesday, August 1, 2012

#Kasar bukan Pengkid mahupun Tomboy

Kali ni Fyra nak kongsi dengan korang semua pasal tingkah laku yang menjadi kebiasaan bagi sesetengah wanita yang kadang kala disalah ertikan oleh pihak lain. Wanita yang dimaksudkan ialah wanita yang kasar tingkahnya.

Wanita kasar bukanlah bermaksud wanita itu pengkid ke tomboy ke, tapi hanya tabiat diorang yang sering melakukan sesuatu dengan kasar dan kadang kala ia kelihatan seperti kelam kabut. Misalnya :-
  • Jalan kaki suka hentak kuat - kuat.
  • Tarik handbreak kasar, Sreeetttt!!
  • Suka campak barang padahal tak marah pun, tapi dah terbiasa.
  • Hempas beg kuat-kuat.
  • Pegang barang kaca atau barang mudah pecah kebarangkalian untuk pecah sangat tinggi.
  • Perangai macam gelojoh dan kelam kabut sikit.
  • Senduk atau ceduk lauk sampai tumpah - tumpah.
  • Telalu berterus terang dan lantang ketika bercakap tanpa hirau perasaan orang lain.
  • Tutup pintu kereta kuat-kuat, Pang!!!
  • Sentiasa rasa diri betul.
  • Suka mengomel / Marah sesuatu bila stress (monolog luaran) dan suka maki guna perkataan mencarut. &*^%,  $%@#...... contohnya:-
"Haish, apsal komputer ni asyik hang je, @#$%^*&! betul lah!! "

*Feel free to add on anything*

Tuesday, July 24, 2012

#Alone But Awesome

Petang - petang macam ni memang menarik kalau dapat lepak dengan kawan - kawan tapi semua pun sibuk dengan hal masing - masing. Jadi, daripada Fyra duduk kat rumah tak tau nak buat apa, baik keluar dan menikmati keindahan alam. Hahaa.
Walaupun hasilnya tak seberapa, tapi Fyra puas hati sebab dapat tengok karenah setiap orang yg ada di sini.

Lokasi
Ocean View Sungai Pinang, Penang

-Gerai penghilang dahaga-

-Tak tau nak kategorikan kenderaan ni-

-Bunga ni cantik sangat, kecil je-

-Terasa kerdil melihat keindahan-NYA-

-Hobi yang bijak-

*Mengutip Tin - Tin Minuman Terpakai*

-Keunikan rekaan lampu sepanjang kawasan pejalan kaki-

-Masa bijak mengisi masa bersama keluarga-


-Semakin ramai orang datang melakukan aktiviti riadah di sini-

-Memancing menjadi aktiviti utama di sini-

-Awesome signboard-

-Lebuh Sungai Pinang 8, 11600, Penang-

-Night view-

-Alone and Single doesn't mean you LOSER-


Monday, July 23, 2012

# Ramadhan Oh Ramadhan!

Syaaban melabuhkan tirainya dan dengan ini sahlah bahawa Ramadhan datang menyapa kita. Hahaa,pasti korang ingat lagi siapakah beliau yang setiap tahun akan berucap dengan ucapan macam ni?! 
Haa, apa jangan buat-buat tak biasa pulak. Fyra pasti korang mesti duduk depan TV punyalah masa pengumuman ni.
*Malangnya tahun ni Fyra tak berpeluang dengan sebab Astro Installer datang nak upgrade ke Astro Beyond.*




بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Bagi Menyempurnakan Titah Perintah Sri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung, setelah diperkenankan oleh Duli Duli Yang Maha Mulia Raja Raja. Maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada :-

-21 Julai 2012 ( Sabtu ) Bersamaan 1 Ramadhan 1433 Hijrah-

P.S : Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat Islam di seluruh Malaysia dan dunia. Semoga mendapat berkat dan rahmat di sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarak tahun ini.
وَالسَّلاَم

Saturday, July 21, 2012

#Nostalgia



*Toys zaman kanak - kanak.*

This is my first entry, banyak benda yang nak kongsi dgn u all. Come! Lets recall some old memories that nowadays kita semakin lupakan. Hahaa.

Still remember with all your toys yang u all slalu usung ke sana ke mari?! Haa, malu la tu *sambil bayangkan dan ketawa sorang - sorang depan screen, hahaa* Chill ok, Fyra pun sama juga cam korang.


Enough bebel panjang, jom tengok toys yang korang used to play masa korang kecil - kecil dulu.

-Mesin tikam mainan 20 sen dan 50 sen-

-Tiup buih-

-Fishing time-

-Gelung Air-

-Harmonica-


-Penguin Naik Tangga-

*Fav toys masa dulu*

-ABC puzzle-